Sebuah showcase nasyid yang terbesar dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Showcase Amal Shuhada At-Taqwa akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 Jun 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 malam
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masuk: Percuma


Showcase ini diilhamkan oleh Munsyid Malaysia (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) susulan daripada kejadian menyayat hati yang melanda Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27 Mei 2011 yang lalu.

Seramai 50 artis nasyid tempatan, (dan ramai lagi) akan menyertai showcase ini yang akan menggabungkan hampir kesemua artis nasyid ternama tanah air termasuk Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana, UNIC, Nazrey Johani, Hafiz Hamidun, Muadz, Far East dan ramai lagi. Aisyah juga akan turut sama memeriahkan showcase tersebut sebagai artis undangan.

Showcase amal ini menerima tajaan hampir keseluruhan sudut, dan kesemua artis-artis nasyid yang terlibat adalah tanpa bayaran. Tujuannya, untuk mengumpul dana yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) untuk diurus dan ditadbir dan pembangunan semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.

Kepada mana-mana badan-badan korporat, syarikat dan dermawan yang berhajat untuk menyumbang, boleh berhubung terus dengan Azadan Rabbani (019-211 0300) atau Isman Hijjaz (03-6140 8280) atau boleh juga menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa dengan bank-in kepada:

PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA
Maybank: 5641 3730 0901



kredit from : beautifulnara.com