10 peranan untuk jadi guru cemerlang.

Posted on 7:30 PM
Kecemerlangan sebenar seorang guru tidak boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana fungsi sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik dan cemerlang dari segi inteleknya, tetapi juga merangkumi segenap aspek kehidupan insan iaitu jasmani, emosi, dan rohaninya dan berakhlak cemerlang ( Hasrat yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ). Berikut 10 peranan yang perlu dilaksanakan guru untuk menjadi orang yang cemerlang :-
1.Guru sebagai PENDAKWAH :

Guru bertanggungjawab bukan saja mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajarnya, tetapi juga membentuk mereka menjadi insan sehingga boleh berperanan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia melakukan perkara yang tidak baik.

2.Guru sebagai PENDIDIK :

Guru perlu melaksanakan tugas asasinya untuk membentuk pelajar menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani an intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya mendidik bukanlah tugas guru semata-mata, sebaliknya setiap orang mesti menjadi pendidik.

3.Guru sebagai PEMIMPIN :

Setiap guru bertanggungjawab memberi bimbingan dan pimpinan kepada anak didiknya. Guru adalah pemimpin sekurang-kurangnya pada peringkat kelasnya. Jika pengetua adalah pemimpin di sekolah. Guru yang akan melahirkan pemimpin. Oleh itu, guru yang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik, tidak boleh menjadi guru yang baik.

4.Guru sebagai PEKERJA :

Guru perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti diamanahkan oleh majikannya. Dengan itu, guru mesti patuh pada arahan yang diberikan kepadanya.

5.Guru sebagai PENGUSAHA :


Sama seperti seorang pengusaha, guru juga perlu memiliki sifat inovatif dan kreatif supaya hasil usahanya mengajar dan mendidik pelajar mencapai keuntungan yang diharapkan. Keuntungan di sini bukan keuntungan dalam bentuk kebendaan, sebaliknya kejayaannya melahirkan modal insan yang mempunyai nilai tambah. Dengan itu,pelajar berkenaan akan menjadi modal insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah bersedia dan sanggup memberikan kepada pelajarnya ilmu dan kemahiran lebih daripada apa yang ada dalam sukatan pelajaran.
6.Guru sebagai PROFESIONAL :

Guru mestilah melaksanakan tugasnya dengan secara profesional dengan mengamalkan sifat seperti berdisiplin, menepati waktu dan tidak pilih kasih terhadap pelajarnya.

7.Guru sebagai PENGIKUT :

Setiap guru bukan saja perlu menjadi pemimpin tetapi juga pengikut yang baik. Malah ada cerdik pandai yang menyatakan bahawa mereka yang tidak boleh menjadi pengikut, tidak boleh menjadi pemimpin yang baik. Sebagai pengikut, guru mesti menerima dan melaksanakan arahan ketuanya ( Pengetua ).

8.Guru sebagai PEJUANG :

Guru mesti bekerja dan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, bukan bersikap sambil lewa serta melepaskan batuk di tangga. Malah guru mesti mempunyai agenda yang jelas dalam melaksanakan tugas, tetapi bukan agenda peribadi, sebaliknya sentiasa meletakkan keutamaan bertugas untuk mendidik anak bangsanya menjadi orang yang berilmu serta berguna kepada masyarakat dan negara.

9.Guru sebagai PENYOKONG :

Guru mesti memberi sokongan kepada perkara yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada pelajarnya. Bagaimanapun, sokongan itu mestilah berdasarkan kebenaran dan berprinsip, bukan sokongan secara membuta-tuli.

10.Guru sebagai orang yang PRODUKTIF :

Guru perlu sentiasa menggunakan masa dan tenaganya dengan cara yang berkesan sama ada sewaktu di sekolah mahupun selepas waktu persekolahan. Sehubungan itu, guru tidak boleh beranggapan tugasnya pergi dan balik dari sekolah sebagai rutin harian yang tidak mempunyai sebarang makna atau sekadar untuk memenuhi arahan dan tanggungjawab yang diberikan, sebaliknya ia perlu sentiasa berusaha menggunakan masa dan tenaganya bagi kebaikan pelajar, sekolah dan masyarakatnya. Tiga perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk membolehkan mereka memahami dan melaksanakan 10 peranan di atas:-

1. Memiliki ilmu : Guru mesti menguasai ilmu dalam bidang dan subjek yang diajarnya. Malah guru perlu sentiasa meningkatkan ilmunya dalam bidang dan subjek berkenaan supaya ilmu dan pengetahuannya seiring dengan perkembangan semasa.

2. Memiliki kemahiran : Untuk menjadi orang yang cekap dan berkesan, guru perlu memiliki kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran menyampai dan kemahiran berkomunikasi.

3. Memiliki sikap yang betul : Guru perlu memiliki sikap dan kefahaman yang betul mengenai tugas dan tanggungjawabnya serta melaksanakannya dengan sepenuh hati, bukan bersikap sambil lewa. Ia termasuk membuat persediaan dan persiapan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di dalam kelas.

***Dalam konteks guru , guru yang cemerlang adalah yang memperlihatkan kemahiran, pengetahuan, kesungguhan dan keghairahan terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat melebihi standard semasa yang ada. Guru yang berupaya menghasilkan pelajar yang luar biasa.

bday aku arinie

Posted on 2:41 AM
firstly tima kasih wat semua kwn2 ku n ahli keluarga kerana memberikan ucapan bday pada ku...tua dh 26 thn maa...kawin pon xlg..hhu...xlpe jge tima ksih sgt2 buat kekasih hatiku Haffiz Ahmad Shokree.. yg sntiasa menjadi penghibur hatiku..coz wish bday ayg...huhu...i love u so much..muaahh

akhirnya siap gak design photoshop aku...huhu

Posted on 6:12 PM
ni la hasil2nya..walaupun xseberapa masih dalam proses pembelajaran huhuu..sape2 nak komen silakan yer....huhu














AT MULTIMEDIA KELAS

Posted on 5:37 PM

today lec kami yang tercinta sir r mengajar kami tentang menghasilkan blog bagi projek kumpulan kami iaitu haiwan kesyangan yang berkonsepkan alice in wonderland

ladies coachh yer..

Posted on 8:41 PM
ainie onthe way nk lik tm aku menaiki komuter dri s.alm..semasa dlm pjlnan aku mnaiki koc wanita..jdi tmpt ni mmg utk ladies jela...tup tap2 time kt stesen mne nth aku dh lpe..de seorng pmpuan cina ni pon msuk ke koc wnita..n pabila dia tpndang kelibt seorng llaki didlm koc wnita dia trus g kt laki tsebut n bkata2... "awak x nmpk ke tu simbol pe..ladieskn..knpe awk naik jgak...n pmpuan tsebut memrhi laki india tsebt dgn truk..tkt wei tgk..smpi laki tu kte awk nk kne sepak ke..n then pmpuan tu ckp sepkla..sye xtkt,,uii ngeri weii..aku tgk..huhuu..
after laki tu keluar pmpuan tu trus mnerpa de mamat laki mlyu yg sngguh poyo..n hnye mlwn tndkn pmpuan cine tsbt...n mreka blwn ckp..tegang wei...last sekali bngse amoi ni sndiri pon de..pe lg mrh gak dia..tpi dlm bhse cinela,,uiii pnglmn yg buat ku bdebar2..nsib x de pertelingkhn trok..boleh kawal..

aku nk ingtkn kt laki2 jgn ko msuk lg ke koc wnita..sat g jmpe pmpuan cine tu mati ko kne hamun..hehe..

ni simbol koc wanita kalo mne2 yg xtau lg..lg2 kaum adam yg slalu naik komuter..


papepn pmpuan tu mmg btol..tpi cre dia yg slh..coz mrh dlm nada yg tinggi..renung2kn selamat beramal..

kesibukan mbuat assgment..

Posted on 12:07 PM
no time for update my blog..so much work to do...huhu..
how can i manage my time for enjoy n study...huhu..
so bored n stresss....

cara nak bagi laptop or pc jdi laju

Posted on 2:29 PM
Salam. arini aku dpt 1 cara yg tbaru dari lec aku ttg komputer. Seperti biasa kebanyakan laptop menyimpan pelbagai perisian di dalamnye dan menyebabkn laptop menjadi lambat utk dibuka. Jadi lec aku telah syokan 1 software yg boleh menyelesaikan semua permasalahan korang. Fungsinya sama seperti defragmented yg ada kt program laptop korng tu. tpi yg ni lagi bgusla coz kiter boleh tau dan susun file2 yg kiter jarang guna. Jadi selamat mencuba

Ni aku sertakan sekali lamn web yg boleh korng gunakan utk download software ini

www.ashampoo.com/en/usd

korang amik yang Ashampoo-WinOptimizer-7

Search This Blog

Total Pageviews

Followers

Siapa Cikgu Adilah

My photo
shah ALAm SECTION 4, SELANGOR, Malaysia
aKU adALAH sorng inSAN yg hANYA mAMPU MENGEJAR CITA2 yg MGKIN JDI Miliku SUATU HARI nnti. mamPUKAN ku MENgalas tggjwb nie..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.

songs




Gratisan Musik

ShoutMix chat widget