Sebuah showcase nasyid yang terbesar dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Showcase Amal Shuhada At-Taqwa akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 Jun 2011
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 malam
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masuk: Percuma


Showcase ini diilhamkan oleh Munsyid Malaysia (Majlis Usrah Nasyid Malaysia) susulan daripada kejadian menyayat hati yang melanda Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27 Mei 2011 yang lalu.

Seramai 50 artis nasyid tempatan, (dan ramai lagi) akan menyertai showcase ini yang akan menggabungkan hampir kesemua artis nasyid ternama tanah air termasuk Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana, UNIC, Nazrey Johani, Hafiz Hamidun, Muadz, Far East dan ramai lagi. Aisyah juga akan turut sama memeriahkan showcase tersebut sebagai artis undangan.

Showcase amal ini menerima tajaan hampir keseluruhan sudut, dan kesemua artis-artis nasyid yang terlibat adalah tanpa bayaran. Tujuannya, untuk mengumpul dana yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) untuk diurus dan ditadbir dan pembangunan semula Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.

Kepada mana-mana badan-badan korporat, syarikat dan dermawan yang berhajat untuk menyumbang, boleh berhubung terus dengan Azadan Rabbani (019-211 0300) atau Isman Hijjaz (03-6140 8280) atau boleh juga menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa dengan bank-in kepada:

PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA
Maybank: 5641 3730 0901



kredit from : beautifulnara.com

my work in school

Posted on 12:22 PM
Sebagai seorng guru pelatih, kami telah di tugaskan untk mengajar dalam opsyen kami iaitu dalam subjek KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU...aku di beri jadual utk mengajar subjek khb (ert) bagi tingkatan 2 dan pendidikan sivik dan kewargenegaraan bagi tingkatan 1..inilah jadual mengajar aku yg amat padat gakla.....































ni plak peta kelas....mne la tau kang tsalah msuk kelas plak..tpi utk subjek kh sng jer smua kt bengkel...























Nora Elena di adaptasi dari novel Kasih Yng Suci

Posted on 6:04 PM


















SINOPSIS NORA ELENA


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth">Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sepetang berjalan2 midvalley

Posted on 4:03 PM
selasa lps bosan nyer psl aku mengjak ank buah utk menonton wyang citer yg tgh famous skrng kt panggung..pirates of the carribbean..walaupn tiketnyer mahal gak 13 ringgt maa asl dh naik ek...xpela nsib cite tu best....sblm g tgk de lak galeri pirate ke midvalley....aku kn ske bgamboo pe lg,..sakanla bgambr..huhu...ni la antara gambar2nyer...









pengalaman praktikum di sebuah pekan hilir perak

Posted on 3:19 PM
Tanggal 9 mei 2011 hingga 26 .8.2011

ermmm SSH nk citer..mmg banyak onak n duri ketika mndapt tahu keadaan sekolah yg mana pelajarnya adalh nakal-nakal belaka...namun ku gagahi jua demi menyumbng n mnyampaikan ilmu demi anak bangsa..walaupun sukr utk ku terima tpi aku xpnh pts asa...setelah 3 minggu menjalani kehidupan sebagai guru pelatih bru kini ku sedar, betapa susahnya mendidik anak bangsa utk menjadi yg tbaik di masa hdpn mereka....

tAPi................

Sekiranya mereka tidak mempunyai semangat utk belajar untuk mse hadapn mereka mcmner mereka nk ubah hidup mereka...kebanyakn mereka adalah dri keluarga estet2, nelayan n bekerja sendiri....kdg2 hatiku terdetik memikirkan mereka...apakah tujuan mereka ke sekolahh?..hanya utk bergaduh, bermain sahaja ker...tidakkh mereka memikirkan masa dpn mereka.............hmmmmm...sggh sedih aku meliht keadaan mereka yg tdk mahu belajr bsnggh2 dan suka melawan kata2 guru.....sedarlah wahai ,murid2..ilmu itu adalah penting , tanpa ilmu kiter xboleh pergi jauh n bjaya...


teringt aku ketika msuk kedlam kelas..aku amat naik angin n dan marah2...kerana mereka langsng tidak bsedia utk belajar..cume de segelintir yg mberikn tumpuan n membawa buku teks...pnt aku menjerit2 meminta mereka duduk n diamm....de jghak yg ponteng,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,akhirnya aku telah gagal dalam mengawal kelas n menarik phatian mereka,,,,,,,,,,,,bagaimankah aku nk mngatasinyer.............hurmmmmmmmmmmmm

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Posted on 12:20 PM









Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

10 peranan untuk jadi guru cemerlang.

Posted on 7:30 PM
Kecemerlangan sebenar seorang guru tidak boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana fungsi sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik dan cemerlang dari segi inteleknya, tetapi juga merangkumi segenap aspek kehidupan insan iaitu jasmani, emosi, dan rohaninya dan berakhlak cemerlang ( Hasrat yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ). Berikut 10 peranan yang perlu dilaksanakan guru untuk menjadi orang yang cemerlang :-
1.Guru sebagai PENDAKWAH :

Guru bertanggungjawab bukan saja mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajarnya, tetapi juga membentuk mereka menjadi insan sehingga boleh berperanan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia melakukan perkara yang tidak baik.

2.Guru sebagai PENDIDIK :

Guru perlu melaksanakan tugas asasinya untuk membentuk pelajar menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani an intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya mendidik bukanlah tugas guru semata-mata, sebaliknya setiap orang mesti menjadi pendidik.

3.Guru sebagai PEMIMPIN :

Setiap guru bertanggungjawab memberi bimbingan dan pimpinan kepada anak didiknya. Guru adalah pemimpin sekurang-kurangnya pada peringkat kelasnya. Jika pengetua adalah pemimpin di sekolah. Guru yang akan melahirkan pemimpin. Oleh itu, guru yang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik, tidak boleh menjadi guru yang baik.

4.Guru sebagai PEKERJA :

Guru perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti diamanahkan oleh majikannya. Dengan itu, guru mesti patuh pada arahan yang diberikan kepadanya.

5.Guru sebagai PENGUSAHA :


Sama seperti seorang pengusaha, guru juga perlu memiliki sifat inovatif dan kreatif supaya hasil usahanya mengajar dan mendidik pelajar mencapai keuntungan yang diharapkan. Keuntungan di sini bukan keuntungan dalam bentuk kebendaan, sebaliknya kejayaannya melahirkan modal insan yang mempunyai nilai tambah. Dengan itu,pelajar berkenaan akan menjadi modal insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah bersedia dan sanggup memberikan kepada pelajarnya ilmu dan kemahiran lebih daripada apa yang ada dalam sukatan pelajaran.
6.Guru sebagai PROFESIONAL :

Guru mestilah melaksanakan tugasnya dengan secara profesional dengan mengamalkan sifat seperti berdisiplin, menepati waktu dan tidak pilih kasih terhadap pelajarnya.

7.Guru sebagai PENGIKUT :

Setiap guru bukan saja perlu menjadi pemimpin tetapi juga pengikut yang baik. Malah ada cerdik pandai yang menyatakan bahawa mereka yang tidak boleh menjadi pengikut, tidak boleh menjadi pemimpin yang baik. Sebagai pengikut, guru mesti menerima dan melaksanakan arahan ketuanya ( Pengetua ).

8.Guru sebagai PEJUANG :

Guru mesti bekerja dan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, bukan bersikap sambil lewa serta melepaskan batuk di tangga. Malah guru mesti mempunyai agenda yang jelas dalam melaksanakan tugas, tetapi bukan agenda peribadi, sebaliknya sentiasa meletakkan keutamaan bertugas untuk mendidik anak bangsanya menjadi orang yang berilmu serta berguna kepada masyarakat dan negara.

9.Guru sebagai PENYOKONG :

Guru mesti memberi sokongan kepada perkara yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada pelajarnya. Bagaimanapun, sokongan itu mestilah berdasarkan kebenaran dan berprinsip, bukan sokongan secara membuta-tuli.

10.Guru sebagai orang yang PRODUKTIF :

Guru perlu sentiasa menggunakan masa dan tenaganya dengan cara yang berkesan sama ada sewaktu di sekolah mahupun selepas waktu persekolahan. Sehubungan itu, guru tidak boleh beranggapan tugasnya pergi dan balik dari sekolah sebagai rutin harian yang tidak mempunyai sebarang makna atau sekadar untuk memenuhi arahan dan tanggungjawab yang diberikan, sebaliknya ia perlu sentiasa berusaha menggunakan masa dan tenaganya bagi kebaikan pelajar, sekolah dan masyarakatnya. Tiga perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk membolehkan mereka memahami dan melaksanakan 10 peranan di atas:-

1. Memiliki ilmu : Guru mesti menguasai ilmu dalam bidang dan subjek yang diajarnya. Malah guru perlu sentiasa meningkatkan ilmunya dalam bidang dan subjek berkenaan supaya ilmu dan pengetahuannya seiring dengan perkembangan semasa.

2. Memiliki kemahiran : Untuk menjadi orang yang cekap dan berkesan, guru perlu memiliki kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran menyampai dan kemahiran berkomunikasi.

3. Memiliki sikap yang betul : Guru perlu memiliki sikap dan kefahaman yang betul mengenai tugas dan tanggungjawabnya serta melaksanakannya dengan sepenuh hati, bukan bersikap sambil lewa. Ia termasuk membuat persediaan dan persiapan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di dalam kelas.

***Dalam konteks guru , guru yang cemerlang adalah yang memperlihatkan kemahiran, pengetahuan, kesungguhan dan keghairahan terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat melebihi standard semasa yang ada. Guru yang berupaya menghasilkan pelajar yang luar biasa.

Search This Blog

Total Pageviews

Followers

Siapa Cikgu Adilah

My photo
shah ALAm SECTION 4, SELANGOR, Malaysia
aKU adALAH sorng inSAN yg hANYA mAMPU MENGEJAR CITA2 yg MGKIN JDI Miliku SUATU HARI nnti. mamPUKAN ku MENgalas tggjwb nie..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.

songs




Gratisan Musik

ShoutMix chat widget