Novel Melayu bahasa Korea dilancar

Posted on 4:11 PM
TAN Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan satu penerbitan terkini Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) iaitu novel Nyawa di Hujung Pedang karya Ahmad Murad Nasaruddin yang diterjemahkan daripada bahasa Melayu ke bahasa Korea.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri di Paju Book City, Korea Selatan sebaik beliau dan delegasi Malaysia meninjau persekitaran kawasan itu dan melihat kemudahan serta latar operasinya.

Berucap pada majlis itu, Muhyiddin yakin permintaan tinggi hasil karya penterjemahan itu adalah kesan daripada dasar Korea Selatan yang menggunakan bahasa pribuminya sebagai bahasa penghantar pendidikan.
Faktor pertumbuhan industri penerbitan di sini banyak dipengaruhi penggunaan bahasa Korea sebagai bahasa ilmu, sekali gus menuntut kerajaan Korea Selatan untuk menggalakkan penterjemahan buku ke bahasa ibunda mereka, katanya.

Sebanyak 1,000 naskhah novel itu siap dicetak kelmarin untuk dipasarkan di Korea Selatan mulai hari ini. Ia dijual pada harga 10,000 Won iaitu RM30 senaskhah.

Penerbitan novel terjemahan Nyawa di Hujung Pedang itu adalah antara usaha sama yang dicapai hasil pembabitan aktif ITNM membina jenama serta jaringan perniagaan di Frankfurt International Book Fair bermula 2008.

Menerusi kerjasama dengan Munhakmaeul-co, sebuah syarikat penerbitan di Korea, ia memilih novel itu yang berlatarbelakangkan kehidupan sekitar 1940-an ketika Tanah Melayu dijajah oleh Jepun.
Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang; Pengarah ITNM, Mohd Khair Ngadiron, pengurusan Paju Book City serta beberapa wakil penerbit dan penulis Korea.

Guru aktif politik perlu profesional

Posted on 4:10 PM
PUTRAJAYA: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 yang ingin bergiat aktif dalam parti politik diminta bersikap profesional dengan menumpukan kepada tugas hakiki iaitu mendidik dan menjadikan politik sebagai tugas sampingan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata pihaknya menerima keputusan kerajaan membenarkan pegawai pendidikan gred berkenaan terbabit dalam politik dengan perasaan berbelah-bahagi.

Sebelum ini, walaupun kerajaan menghalang guru daripada terbabit dalam politik sudah berlaku pelbagai masalah di sekolah akibat perbezaan pandangan guru dalam politik.
Jadi kita khuatir kebenaran untuk guru berpolitik ini akan memburukkan keadaan kecuali guru terbabit mampu bersikap profesional dan meninggalkan parti politik yang dianggotai di pintu pagar sekolah, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan meminda Peraturan 21(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataannya bagaimanapun, berkata kebenaran itu juga tidak membabitkan Pengetua dan Guru Besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan.

Hashim turut menyatakan kebimbangannya mengenai kuasa mutlak yang diberikan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk mengeluarkan kelulusan bertulis kepada pegawai perkhidmatan pendidikan terbabit kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati individu yang gagal memperoleh kebenaran terbabit.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang gagal mendapat kebenaran bertulis
mungkin menggunakan saluran politik untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan ini boleh menjejaskan kewibawaan KSU kementerian yang boleh dianggap bersikap pilih kasih atau diskriminasi terhadap mana-mana parti politik, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Anuar Ibrahim, berkata keputusan itu amat tepat pada masanya kerana ia memberi peluang kepada guru untuk berkongsi pandangan mereka dalam bidang politik.

Beliau yang juga bekas Presiden NUTP berkata, keputusan menyekat pegawai terbabit menyebabkan banyak maklumat pada peringkat akar umbi gagal disalurkan ke peringkat tertinggi kerana ketiadaan saluran.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata guru yang ingin berpolitik perlu bijak membahagikan masa antara tugas sebagai pendidik dan politik.

Beliau berkata, berdasarkan sejarah negara, politik digerakkan oleh guru kerana golongan ini mengutamakan bakti kepada negara serta perkhidmatan mereka sebagai pendidik.

Justeru, langkah ini boleh digalakkan tetapi pada masa sekarang yang mana politik dicemarkan dengan wang, mesti ada suatu penilaian kepada mereka ini untuk berpolitik. Kita takut nanti dia ada mahu berjaya dalam politik sehingga mengabaikan tugas sebagai pendidik, katanya.

Syaaban peluang bersih hati, siapkan diri berpuasa

Posted on 3:29 PM
Malam Nisfu Syaaban termasuk salah satu masa doa umat Islam mustajab, diperkenan Allah

PADA bulan Syaaban banyak amal kebajikan diperoleh mereka yang mengambil kesempatan beramal. Bulan yang sering dijadikan persediaan menyambut Ramadan turut menjadi bulan umat Islam berebut melakukan amal kebajikan.

Apabila Syaaban berhasil mendorong melaksanakan pelbagai kebajikan dengan amalan mengikut sunnah seperti memperbanyakkan berpuasa sunat, maka Ramadan yang menyusul dapat dilalui dengan mudah dan selesa untuk menunaikan kewajipan berpuasa.

Ulama mengatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk membersihkan diri, Syaaban membersihkan hati dan Ramadan membersihkan jiwa.
Mengenai malam Nisfu Syaaban, Imam Syafii menyatakan dalam Kitabnya Al-Umm: Sudah sampai kepada kami, ada orang yang mengatakan sesungguhnya doa dimakbulkan oleh Allah pada lima malam: malam Jumaat, malam Hari Raya Aidil Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam 15 Syaaban.

Imam Syafii berkata: Saya suka kepada kelebihan yang dinyatakan pada malam itu dengan syarat ia tidak dianggap wajib.

Sahabat, tabiin dan ulama bersungguh beribadah pada malam itu. Kitab Durratun Nasihin menyebut: Jibril datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban dan berkata: Wahai Muhammad, pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat sedang dibuka, oleh itu bangun dan kerjakan sembahyang kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.

Aku (Rasulullah SAW) bertanyakan: Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini? Jibril menjawab: Pada malam ini sudah dibuka tiga ratus pintu rahmat, maka Allah Taala mengampuni semua orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, melainkan tukang sihir, kahin (tukang tenung), orang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang melacur dirinya, pemakan harta riba, orang derhaka kepada ibu bapa, orang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan hubungan silaturahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan diampuni sehingga mereka itu mahu bertaubat dan meninggalkan pekerjaan (maksiatnya) itu.
Beribadah pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dengan memperbanyak membaca al-Quran, berselawat kepada Rasulullah SAW, berzikir dan berdoa. Ketahuilah malam Nisfu Syaaban adalah termasuk salah satu masa perkenan dan mustajab doa.

Doa yang dibaca Rasulullah SAW pada malam Nisfu Syaaban antara lain bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa-Mu dan murka-Mu, dan aku tidak mengira pujian kepada-Mu, seperti mana Engkau memuji kepada-Mu sendiri. Maka segala puji bagi-Mu sehingga Engkau reda.

Doa itu dibaca Rasulullah SAW dalam sujud di waktu malam ketika sembahyang sunat di rumahnya. Baginda SAW membaca doa itu dalam sujudnya sambil matanya menitiskan air mata kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT.

Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban ialah pada malam itu pintu langit dan pintu rahmat dibuka bermula daripada awal malam sehingga waktu Subuh.

Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang yang menghidupkan malam itu dengan melakukan ibadah kecuali orang yang syirik kepada Allah, menyimpan dendam dalam hati, ketagih arak dan orang yang sentiasa berzina.

Pada malam berkenaan juga amalan yang dilakukan dalam tempoh setahun diangkat kepada Allah, ditulis siapa yang akan hidup dan siapa yang akan mati, orang yang menghidupkan malam itu dengan beribadah akan dimasukkan ke dalam syurga.

Bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat banyak melakukan kesalahan mengenai malam Nisfu Syaaban dengan berebut-rebut datang ke masjid atau surau untuk mendapat fadilat malam itu.

Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang Maghrib dan selepas bacaan yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur, memohon dijauhkan bala bencana (bacaan Yasin kedua) dan diniatkan memohon murah rezeki yang halal (bacaan Yasin ketiga).

Difahamkan amalan sambutan malam Nisfu Syaaban yang kaifiatnya seperti ini tidak diamalkan di tempat lain melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara. Ada kalanya mereka membaca surah Yasin begitu cepat dan pantas sehingga mengabaikan hukum tajwid.

Ini berlaku kerana ingin mengejar bilangan tiga kali bacaan. Al-Quran melaknat mereka yang membacanya dengan tidak betul hukum tajwid kerana al-Quran mestilah dibaca dengan tartil.

Firman Allah bermaksud: Dan bacalah al-Quran dengan penuh tartil. (Surah al-Muzammil, ayat 4)

Kita digalakkan sembahyang, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan melakukan amalan disuruh Allah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Nabi SAW tidak menetapkan bacaan surah Yasin seperti disebutkan itu.

Sering juga kita mendengar khutbah yang disampaikan khatib semasa sembahyang Jumaat dengan memperingatkan jemaah supaya jangan terlalu taksub dengan amalan Nisfu Syaaban dan ini bererti ada kesalahan sering dilakukan ketika tibanya malam Nisfu Syaaban.

Syaaban adalah satu bulan hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri serta dianggap pintu gerbang Ramadan yang penuh berkat.

Berita Harian Online | Syaaban peluang bersih hati, siapkan diri berpuasa

DUIT-RAYA.COM

sem dh aku...kuikuiii

Posted on 1:36 PM
mulelah assgmnt mkin blmbk2...sem ni kne jahit 6 pasang bju lak..adoiii mampukah aku....nk merekacippta lak..nk berniaga,,,,mcm2 dela sem ni...papepn dila u can doit.jgn pndng ke bwh.pndng ke ats anda mampu lakukannya.............chaiyok.chaiyokkkkkkkk

Search This Blog

Total Pageviews

Followers

Siapa Cikgu Adilah

My photo
shah ALAm SECTION 4, SELANGOR, Malaysia
aKU adALAH sorng inSAN yg hANYA mAMPU MENGEJAR CITA2 yg MGKIN JDI Miliku SUATU HARI nnti. mamPUKAN ku MENgalas tggjwb nie..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.

songs




Gratisan Musik

ShoutMix chat widget