Apa itu katering





Istilah katering diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘catering’ dari kata akar ‘cater’. Ia membawa makna penyajian makanan. Orang atau syarikat katering pula dipanggil penyaji makanan atau katerer. Justeru katering merujuk kepada aktiviti atau bidang bisnes penyajian makanan dan minuman kepada pihak yang hendak makan dan minum. Hasil aktiviti itu dapat duit, orang bayar kepada katerer.

Bisnes katering berlainan dari bisnes kedai makan atau restoran. Orang datang ke restoran untuk makan, walhal katering, syarikat penyaji makanan datang kepada orang yang hendak makan. Maksudnya katerer dikehendaki membawa makanan dan minuman yang dipesan dalam jumlah yang agak banyak ke tempat pelanggan.


DEFINISI REKA TANDA DAN GARFIK






Grafik (berasal dari perkataan Greek merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.